Pemilihan yang dibuat oleh Jawatankuasa Festival Filem Antarabangsa Finas diumumkan menerusi laman sosial Facebook agensi itu hari ini.

Pencapaian itu sekali gus mencatat rekod terbaharu filem arahan Tunku Mona Riza terbitan Current Pictures Sdn. Bhd. yang sebelum ini berjaya memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa antaranya Pelakon Wanita Terbaik menerusi June Lojong yang melakonkan watak Alina dan Anugerah Khas Juri di World Premieres Film Festival 2016 di Filipina.

Kemenangan lain yang pernah diraih Redha ialah di Awareness Film Festival, Merit Awards di Los Angeles dan 12th Kazan International Muslim Film Festival 2016 menerusi kategori The Special Prize Nominated by The President of Tatarstan Republic for Humanism in the Cinematography.

Tidak ketinggalan anugerah The Special Prize of The Russian Guild Of Cinema Critics dan The Best Actor in The Full Length Feature Film for Male Ensemble Actors (Nam Ron, Harith Haziq and Izzy Zulkhazreef).