Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

FIC: SPRM akan rakam keterangan warga asing

PUTRAJAYA 24 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan beberapa individu melibatkan warga asing di luar negara berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Azam Baki
Azam Baki

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, bagi tujuan itu SPRM melalui Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada peguam negara di negara terlibat untuk memanggil individu-individu yang telah mahupun sedang dikenal pasti.

Dalam masa sama, beliau berkata, SPRM juga akan mengambil keterangan daripada beberapa rakyat Malaysia berhubung siasatan yang sama.

“Kes siasatan hotel di London akan mengambil sedikit masa kerana keterangan untuk melengkapkan kertas siasatan melibatkan saksi di luar negara.

“Namun kes pembelian hotel oleh FIC di Kuching, ia akan diselesaikan secepat mungkin dalam tempoh terdekat. Kita akan kemukakan hasil kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya untuk diperhalusi semua keterangan yang diambil oleh SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas upacara menurun dan menaikkan bendera SPRM sempena beroperasinya bangunan SPRM baharu di Presint 7 di sini hari ini.

Azam diminta mengulas mengenai status terkini hasil siasatan berhubung kes pembelian dua hotel mewah oleh FIC di London dan Kuching yang didakwa wujud penye­le­wengan jutaan ringgit.

Sementara itu, berhubung penyelesaian kontrak membabitkan Universiti Selangor (Unisel) dengan syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) yang didakwa meragukan katanya, sehingga hari ini seramai empat orang telah dipanggil untuk membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain