Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, mesyuarat Lembaga Pengarah FIC yang berlangsung esok akan membincangkan dengan lebih lanjut hal berkenaan.

“Mesyuarat ini kebetulan diadakan esok bukan diadakan khas untuk membincangkan hal dakwaan Rafizi.

“Ahli-ahli Lembaga Pengarah akan bincang sama ada untuk kemukakan saman kerana dakwaan Rafizi terhadap FIC sangat serius,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE