Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

FGV lancar kempen tambah pendapatan peneroka, pekebun kecil

 Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad melihat contoh buah sawit sambil diperhatikan Presiden
Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad melihat contoh buah sawit sambil diperhatikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad (tiga dari kiri) pada majlis perasmian Kempen Meningkatkan Kualiti Buah Tandan Segar peringkat Kebangsaan di Kilang Sawit FGV, Serting Hilir di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

JEMPOL 17 Mac - Pengeluar minyak sawit terbesar dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) hari ini melancarkan kempen meningkatkan kualiti buah tandan segar (BTS) yang dibekalkan oleh para peneroka dan pekebun kecil kepada kilang-kilangnya di seluruh negara.

Kempen itu yang dilancarkan serentak di seluruh negara dengan tema 'BTS Berkualiti Pulangan Tertinggi' bertujuan menggalakkan semua pembekal BTS berusaha mencapai kualiti yang ditetapkan iaitu 100 peratus masak dan selaras dengan Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB Edisi Ketiga. 

Dalam kempen itu, para pembekal BTS diterangkan mengenai sistem penggredan, faktor-faktor yang menyebabkan hasil dikenakan penalti serta peranan Jawatankuasa Permuafakatan Peningkatan Kualiti (JPPK) di dalam menentukan kualiti BTS. 

FGV juga berkongsi kepakaran mengenai pengurusan ladang terbaik bermula daripada kaedah penanaman, penjagaan pokok hingga pengeluaran bagi memastikan hasil BTS yang lebih produktif. 

Kempen itu telah dilancarkan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di Kilang Sawit Serting Hilir, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad; Pegarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada dan wakil Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Seremban, Mohammad Jasni Satar. - UTUSAN ONLINE 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain