Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, FGV juga bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya diperlukan.

Beliau berkata, FGV juga telah memberikan surat kebenaran bercuti kepada tiga individu lain termasuk Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Abd. Karim sepanjang tempoh siasatan dalaman tersebut. - UTUSAN ONLINE