IDRIS JALA
IDRIS JALA

Berikutan itu juga, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut menjelaskan, buat masa ini terlalu awal untuk beliau memberi sebarang kenya­taan sama ada kepada media mahu pun orang awam mengenai perkembangannya.

“Semalam, kerajaan melantik saya di atas kapasiti peribadi sebagai seorang yang bebas, mencari penyelesaian berikutan keputusan Lembaga Pengarah FGV mengarahkan beberapa pengurusan kanan mereka bercuti serta-merta.

“Ketika ini, saya amat fokus kepada tugas-tugas yang diberikan untuk mengemukakan fakta relevan berhubung isu tersebut. Meskipun menye­dari pihak media dan awam berminat menge­tahui mengenainya, namun terlalu awal untuk saya membuat sebarang kenyataan berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataannya semalam mengumumkan pelantikan Idris sebagai usaha mencari penyelesaian berhubung isu arahan bercuti kepada empat pengurusan kanan FGV termasuk Presiden dan Ke­tua Pegwai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad.

Menurut PMO, Idris akan berperanan sebagai pihak bebas bagi menyusun serta menyediakan fakta mengenai arahan bercuti kepada Zakaria dan tiga lagi pengurusan kanan syarikat, sete­rusnya memberi cadangan kepada FGV berhubung perkara tersebut.