Setiausaha Kehormat Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Datuk Abdul Rahim Awang berkata, tidak wujud soal diskriminasi kerana indi­vidu bukan Melayu juga layak dipertimbangkan dalam kategori Bahasa Kebangsaan sekiranya membuat filem dalam bahasa tersebut.

“Contohnya, Saw Tiong Hin dengan filem Jejak Warrior; sementara pengarah Melayu yang membuat filem berbahasa lain seperti Aflin Shauki dengan Papadom versi bahasa Tamil tidak layak bertanding dalam kategori Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hari ini, Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FFM 2016.

Beliau berkata, industri perfileman perlu menjadi contoh kepada industri lain untuk menyatukan rakyat Malaysia.

Tambah Abdul Rahim, Malaysia bukanlah terasing atau terpencil dalam mengamalkan kepentingan bahasa kebangsaan dalam festival filem yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.