60 selebriti itu adalah sebahagian daripada kira-kira 600 pengusaha jenama terkenal yang akan ‘berdagang’ dalam festival yang berlangsung selama 72 jam tanpa henti itu.

Untuk membuka gelanggang festival penuh meriah itu, majlis pelancarannya akan diadakan esok bertempat di Pentas Utama PWTC pada pukul 10 pagi.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan majlis tersebut selain akan turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Datuk Aznil Nawawi, Ifa Raziah, Erra Fazira dan Ziana Zain.

Festival Mega Raya Starvendors 2019 pasti akan menarik kehadiran orang ramai yang kini sudah memasuki ‘mood’ membeli-belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kira-kira dua minggu lagi. - UTUSAN ONLINE