Festival yang memasuki tahun kelima penganjurannya itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin selain Pengasas yang juga Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing.

Pembabitan kebudayaan 102 negara dalam festival kali ini yang memecahkan rekod 93 negara dalam festival tahun lalu juga memahatkan nama Universiti Limkokwing dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Bertemakan 'Dunia di Satu Tempat', festival selama sehari yang diadakan di kampus induk universiti berkenaan di Cyberjaya itu melibatkan pelajar-pelajarnya yang berasal dari setiap pelusuk dunia. - UTUSAN ONLINE