Seorang penduduk Gua Musang, Amran Mamat, 45, berkata, cuaca sejuk boleh dirasai pada waktu malam dan pagi.

Katanya, cuaca dingin itu juga menyebabkan keadaan berkabus tebal sehingga mengehadkan pan­dangan terutama pada awal pagi.

"Situasi itu menyebabkan kami seperti berada di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands pada waktu pagi.

“Udara sejuk juga menyebabkan kami terpaksa memakai pakaian tebal terutama pada waktu pagi dan malam.

“Kami juga pelik dengan situasi itu kerana di bandar ini tidak berlaku hujan,” katanya di sini hari ini.

Seorang penduduk Orang Asli Pos Tohoi, Baizura Alek, 36, berkata, perkampungan itu turut mengalami situasi sama.

Katanya, udara sejuk menye­babkan sumber air di kawasan perkampungan turut sejuk sehingga membuatkan mereka menggigil kesejukan ketika mandi.

“Sejak beberapa hari lalu air menjadi begitu sejuk. Waktu malam pula penduduk nyalakan unggun api untuk menghilangkan kesejukan dan memakai pakaian tebal,” katanya.