Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan pelantikan tersebut sebagai perkembangan positif di peringkat tertinggi dalam usaha membetulkan jika terdapat apa yang tidak betul dalam tadbir urus FGV sebelum ini.

"Beliau bukan orang yang asing dalam Felda kerana pernah menjadi Ahli Lembaga Felda semasa berkhidmat dengan kerajaan dahulu.

"Pengalaman dan hubung kait beliau dengan Felda sebelum ini membuatkan terdapat kesinambungan baik antara pengerusi sebelumnya dengan pengerusi baharu," katanya kepada media sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa Wilayah Felda Segamat di Masjid Jamek Felda Tenang, dekat sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE