Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pihaknya akan mengumpulkan sebanyak mungkin tandatangan daripada peneroka sawit yang bernaung dengan institusi itu. 


“Kami akan menghantar petisyen bantahan kepada wakil EU di Kuala Lumpur dalam waktu terdekat. 


“Felda melihat keputusan EU sebagai suatu yang serius kerana ia akan mengancam pendapatan peneroka-peneroka Felda dan pekebun kecil lain yang mengusahakan sawit,” katanya. 


Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Penyampaian Bantuan Back To School Parlimen Johor Bahru, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE