Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Felda bantu anak peneroka

Program Perumahan Berperancangan Generasi Kedua Felda diperluas

Shahrir Abdul Samad ketika hadir dalam Majlis Pelancaran dan Pecah
Shahrir Abdul Samad ketika hadir dalam Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Tapak Perumahan Berperancangan Generasi Kedua Felda di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang, semalam. UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

ROMPIN 27 Feb. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan memperluaskan program Pe­rumahan Berperancangan Ge­nerasi Kedua ke seluruh negara bagi menangani masalah perumahan yang dihadapi anak-anak peneroka.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, melalui program itu, Felda dengan kerjasama kerajaan negeri akan menyediakan tapak rumah kepada generasi kedua terpilih.

Menurut beliau, pemohon se­terusnya boleh berurusan de­ngan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai pembinaan rumah.

“Berhubung infrastruktur, Felda dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi lain yang berkaitan boleh berpakat untuk menyediakannya.

“Kita akan berpakat untuk menyelesaikan masalah perumahan generasi kedua Felda, bukan mudah untuk menyelesaikan ma­salah tetapi kalau kita berpakat, penyelesaiannya akan lebih berkesan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Tapak Perumahan Berperanca­ngan Generasi Kedua Felda di Felda Keratong 5, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin dan Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.

Sebanyak 125 lot tapak peru­mahan disediakan di Felda Ke­ratong untuk membina rumah generasi kedua berkeluasan 464 meter persegi bagi setiap unit.

Shahrir berkata, pelaksanaan program tersebut di Felda Keratong 5 membuktikan pihaknya sentiasa berusaha memastikan lebih ramai anak-anak peneroka dapat memiliki rumah.

“Kalau kita lihat di Keratong 5 ini, jumlah penerima hanya 125 orang sahaja sedangkan terdapat ramai lagi generasi kedua yang tinggal di tanah rancangan dan masih belum memiliki rumah,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain