Mazlan Aliman
Mazlan

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Datuk Mazlan Aliman berkata, jumlah tersebut adalah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Felda daripada pinjaman RM6.5 billion hutang peneroka sebelum ini.

"Peneroka telah mengumpulkan RM25 juta dan memerlukan RM121.6 juta lagi untuk membayar pinjaman bulan ini.

"Jumlah ini termasuk kos pinjaman sara hidup peneroka, bayaran koperasi felda, aktiviti penyelenggaraan kebun peneroka dan kontraktor ladang yang dibuat oleh Felda," katanya dalam satu sidang akhbar di Lorong Haji Hussein 2 di sini hari ini.

Sementara itu, Mazlan memberitahu, Felda telah menghantar permohonan untuk meminjam RM500 juta daripada kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

"Satu surat telah dihantar kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta bantuan beliau membentangkan perkara ini kepada Kementerian Kewangan.

"Kalau perkara ini tidak dapat diselesaikan, peneroka akan terus sengsara. Sekarang pun peneroka masih belum menerima bayaran hasil jualan sawit," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE