Dividen tersebut diumumkan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun yang memaklumkan bahawa pembayaran itu akan dilakukan pada hari ini melalui dalam talian.

Menurut Rina, daripada segi pengagihan ladang, Felcra mencatat peningkatan produktiviti hasil sawit kepada 4.91 tan metrik sehektar sehingga April lalu berbanding 4.68 pda tahun lalu.

“Bagaimanapun, jumlah pengagihan dividen mencatat penurunan sebanyak 29 peratus berbanding tahun lalu bagi tempoh yang sama iaitu RM63.4 juta berikutan kejatuhan harga minyak sawit mentah,” katanya selepas mengadakan program Lawatan Kerja di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas Jalan Bahagia, Kg. Olak Lempit di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Zulkarnain Md Eusope dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin.-UTUSAN ONLINE