Menurut Ismail Sabri, pengumuman pengagihan dividen itu seharusnya dilakukan pada 22 Disember nanti.

"Bagaimanapun, apabila memikirkan ia menghampiri sesi persekolahan, kita mengambil keputusan mempercepatkan proses pengagihan dividen.

"Kita berharap dengan mempercepatkannya dapat meringankan beban peserta-peserta Felcra untuk sesi persekolahan seperti membeli baju sekolah dan buku," katanya ketika berucap dalam majlis Pengisytiharan Agihan Dividen Interim 2/2017 Peserta-Peserta Felcra Berhad di Kolej Mara Banting di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE