Bagi kategori Koperasi Terbaik, anugerah diberikan kepada Koperasi Seri Bandi, Kemaman manakala Felcra Bukit Jetit (Persatuan Wanita Dinamik Felcra) dan Felcra Hulu Berang (Persatuan Belia Terbaik).

Pemenang setiap kategori menerima ganjaran wang tunai RM3,000 di samping sijil penghargaan, dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Yang hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad (Felcra), Datuk Seri Bung Moktar Radin; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perusahaan Perladangan negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof serta Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Bhd, Datuk Zulkarnain Md. Eusope.

Dalam majlis itu, Felcra turut melunaskan pembayaran dividen sebanyak RM1.3 juta kepada 5,918 peserta di negeri ini.

Ahmad Razif memberitahu, kehadiran Felcra di negeri ini sejak tahun 1970 telah memberi limpahan manfaat kepada rakyat khususnya masyarakat luar bandar menerusi aktiviti pembangunan dan pemulihan tanah.

Felcra telah memajukan 19 kawasan di negeri ini yang membabitkan 178 projek di kawasan seluas  23,474 hektar dengan projek pertamanya, di Felcra Sungai Dura, mukim Jenagor, Hulu Terengganu. - UTUSAN ONLINE