Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, ia akan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan Islam untuk membeli hidangan sedia dimakan seperti onigiri, bento, sandwich dan produk bakeri serta ais krim lembut yang ditawarkan kedai itu.

Senarainya akan ditambah berikutan FamilyMart akan terus membangunkan produk makanan dan minuman baharu untuk pelanggan sebagai sebahagian konsep kedai serbanekanya

Sijil halal itu diperoleh berkebetulan dengan pembukaan kedai ke-100 FamilyMart Malaysia di Jonker Street, Melaka. Ia merupakan kedai pertama dibuka di negeri itu dan yang kesembilan di luar Lembah Klang.

Lapan lagi kedai di luar Lembah Klang terletak di Johor. QL Resources merupakan pemegang perjanjian kawasan francais bagi kedai serbaneka FamilyMart di Malaysia menerusi Maxincome Resources. - BERNAMA