Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, sasaran tersebut dijangka dapat diperolehi berbanding RM10.4 juta pada MAHA 2016.

“Ini apabila kita menjangkakan pengunjung kali ini akan lebih ramai dan sambutan lebih menggalakkan kerana FAMA menghantar seramai 257 usahawan sebagai peserta berbanding 238 peserta pada MAHA yang lalu.

PENGERUSI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sr. Ishak Ismail (dua kanan) melakukan law

PENGERUSI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sr. Ishak Ismail (dua kanan) melakukan lawatan untuk meninjau persiapan MAHA 2018 di MAEPS Serdang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ RIDUAN RIZAL AHMAD

“Ini hampir 20 peratus dari keseluruhan seramai 1,500 peserta yang mengambil bahagian dalam MAHA kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Majlis Lawatan dan Taklimat Bersama Media Sempena MAHA 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dekat sini hari ini.

Ishak berkata, terdapat lebih 12,000 produk pertanian hasil keluaran para usahawan FAMA akan dipamer dan dijual di MAHA termasuk buah-buahan, sayur-sayuran segar, makanan sejuk beku, segar dan kesemua produk-produk di bawah jenama Agromas Fama.

“Orang ramai diminta jangan melepaskan peluang kerana semua gerai FAMA yang mengambil bahagian akan menawarkan jualan dengan diskaun harga dari lima peratus sehingga 20 peratus berbanding harga biasa di pasaran,” katanya. - UTUSAN ONLINE