Timbalan Pengarah FAMA negeri, Mohd. Sharizan Mansor berkata, ketiga-tiga tapak pasar itu dibuka di daerah ini, Kota Tinggi dan Segamat.

“Setakat ini di Johor telah mempunyai 65 tapak pasar tani dan kita akan membuka tiga lagi sebelum hujung tahun ini.

“Setakat ini, kita telah mengemukakan permohonan dan sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan lokasi tapak pasar tani yang akan dibuka,” katanya pada majlis penutup Karnival JOM Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) di sini sebentar tadi.

Karnival yang diberi nama JOM, iaitu singkatan bagi J untuk jualan, O bagi Opportunity (peluang kerjaya) dan M (merdeka) itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umaf Bagharib Ali dan dihadiri Pengarah Politeknik PMJB, Azirin Abdul Aziz. - UTUSAN ONLINE