Sheikh Ahmad Dusuki
SHEIKH AHMAD DUSUKI

Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, tindakan itu jelas menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil serius isu melibatkan penderaan kanak-kanak di negara ini.

"Sebagai bapa angkat kepada Zur Zuliana Zaara Zulkifli atau Yaya yang menjadi mangsa dera ibu tiri serta bapa kandungnya, saya berterima kasih dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak

Pejabat Peguam Negara.

"Apa yang dilakukan ini tidak lain dan bukan bagi memastikan mereka yang terlibat menerima hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan,"katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dusuki memberitahu, beliau berharap hukuman lebih berat dikenakan itu dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana supaya tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu pada masa depan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi di sini berhubung hukuman penjara empat tahun dan denda RM15,000 terhadap seorang wanita yang didapati bersalah mendera anak tirinya sehingga patah 13 tulang di seluruh badan, dua tahun lalu.

Sumber jabatan itu memberitahu, pihaknya mengemu­kakan rayuan kerana tidak ber­­puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Rahayu Hassan, 26, oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas dekat sini, Ahad lalu. - UTUSAN ONLINE