Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

EZ ungguli MulVec Siri 1

Mulvec 2017 4
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan replika cek kepada pemenang tempat pertama dari UIA di majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Multimedia (Mulvec) Siri 1 di lobi Kementerian Pengajian Tinggi hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABDUL NAZIR MOHAMED

PUTRAJAYA 17 Mei - Wakil Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kumpulan EZ muncul pemenang hadiah tempat pertama Siri 1 pertandingan video multimedia (MulVec) 2017 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan Unit Media Baharu, Utusan Malaysia.

Peserta dari UIAM itu berjaya menewaskan 12 pencabar lain yang disenarai pendek sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh wakil dari Universiti Utara Malaysia, Tuan Ladang Production sementara tempat ketiga pula menjadi milik kumpulan JKA dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan.

Kedua-dua pemenang tersebut masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan RM3,000 bagi kedudukan kedua dan ketiga.

Sementara itu, 10 lagi pasukan yang disenarai pendek ke peringkat akhir membawa pulang hadiah saguhati wang tunai RM1,000.

MulVec 2017 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Unit Media Baharu Utusan Malaysia bagi mencungkil bakat dan kreativiti pelajar institusi pendidikan tinggi dalam berfikir secara positif mengenai tema-tema yang diberikan dan diterjemahkan dalam bentuk video multimedia.

Hadiah disampaikan kepada semua pemenang oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu majlis penyampaian hadiah khas di Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah; Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Professor Datuk Dr. Mizan Hitam dan Pengarang Unit Media Baharu, Aznan Bakar. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain