Presiden Exim Bank, Norzilah Mohammed berkata, peruntukan tersebut bagi membina sebuah taman refleksiologi termasuk bantuan dana untuk membaik pulih sekolah dan sumbangan buku kepada perpustakaan sekolah.

“Buat julung kalinya pihak Exim Bank meraikan kanak-kanak Autisme dengan menyumbang peruntukan sebanyak RM47,000 yang terdiri daripada RM30,000 bagitujuan pembinaan taman refleksiologi, RM10,000 untuk membaik pulih sekolah manakala RM5,000 lagi sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah.

“Seramai 27 orang kanak-kanak istimewa termasuk 8 orang kanak-kanak Autisme di sekolah tersebut akan menggunakan taman refleksiologi sebagai tempat mereka menjalankan aktiviti terapi dalam usaha proses penyembuhan,” katanya selepas sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE