Pengerusi Jawatankuasa Te­tap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, Pas membantah penganjuran pesta berkenaan di negeri ini dan beliau secara peribadi turut berpandangan sama.

Tegasnya, walaupun undang-undang tidak menyekat bukan Islam minum arak, namun itu bukan alasan untuk mereka mengadakan pesta secara besar-besaran tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Saya tidak setuju dan tidak akan membenarkan penganju­ran pesta itu diadakan di Selan­gor. Kalau mereka (bukan Islam) nak minum arak, mereka boleh adakan secara tertutup, bu­kannya diheboh-hebohkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu Mufti Se­langor, Datuk Mohd. Tam­yes Abd. Wahid turut menentang keras jika pesta arak mahu dibenar diadakan di negeri ini kerana arak adalah ibu segala maksiat yang diharamkan.

“Saya secara peribadi me­nentang penganjuran pes­ta arak itu daripada dia­dakan, apatah lagi jika dibuat di negeri ini. Saya su­dah berhubung dengan Setia­usaha Kerajaan Negeri dan setakat ini tiada permohonan dibuat oleh penganjur.

“Arak ini adalah haram bagi umat Islam dan merupakan ibu segala maksiat, jadi apa juga penganjuran aktiviti termasuk pesta secara besar-besaran perlu ditolak oleh kerajaan negeri,” tegasnya.