Perdana Menteri turut melancarkan Aplikasi Mobile Pasar Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ke Arah QR Pay sempena majlis pelancaran program Jimat Belanja Dapur (JBD) peringkat kebangsaan di Padang Awam Bandar Dara di Chini di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Ami­ruldin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Pusat Khidmat [email protected] Tani akan menjadi tempat untuk rakyat mendapatkan pelbagai ke­perluan dan perkhidmatan.

Pusat berkenaan memboleh­kan masyarakat mendapatkan perkhid­matan dari Pusat Khidmat Komuniti Bergerak Setempat untuk keperluan seperti Pos Malaysia, Klinik 1Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Lembaga Zakat, Lembaga Tabung Haji, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lain-lain perkhid­matan bersesuaian.

Aplikasi Mobile Pasar Tani boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store yang merupakan nilai tambah dalam perkhidmatan FAMA dalam menyebar luas maklumat berkaitan pasar tani kepada pengguna.

FAMA turut bergerak seiring de­ngan era digital yang mendominasi transaksi jual beli dengan memper­kenalkan QR Pay sekali gus menjadi pemudah cara kepada pengguna dan peniaga di pasar tani seluruh negara.

Gabungan Pusat Khidmat [email protected] Pasar Tani, Aplikasi Mobile Pasar Tani dan QR Pay memudahkan pengguna mendapatkan bara­ngan keperluan dan perkhidmatan de­ngan mudah tanpa perlu menghabiskan banyak masa.

Dalam pada itu, JBD merupakan program Sentuhan FAMA Di Hati Rakyat yang menawarkan harga rendah untuk memberi penjimatan kepada pengguna.

Program jualan berkenaan dilaksanakan di 718 outlet jualan pasar tani, 426 AgroBazar Kedai Rakyat, 110 AgroBazar Rakyat 1Malaysia, enam MyFarm Outlet serta di program-program MyBest Buy di seluruh negara.

Najib berkata, pelbagai program dilaksanakan merupakan komitmen kerajaan yang sentiasa mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Menurutnya, ia termasuk program empat dalam satu yang dilancarkan hari ini melibatkan JBD, Pusat Khidmat [email protected] Tani, Aplikasi Mobile Pasar Tani dan QR Pay yang membawa manfaat besar untuk rakyat.

“JBD boleh dikatakan hampir sama dengan program Jualan Sentuhan Rakyat yang mana barangan dijual antara lima hingga 20 peratus lebih rendah berban­ding pasaran. Banyak faedah boleh diterima.

“Pusat Khidmat [email protected] Tani pula menggunakan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) apabila beberapa agensi dan jabatan kerajaan dile­takkan semasa Pasar Tani ber­operasi. Ini amat me­nguntungkan kita,” katanya.

Menurut beliau, Aplikasi Mobile Pasar Tani membolehkan pengguna mendapat maklumat terperinci se­perti lokasi Pasar Tani sekali gus memudahkan orang ramai yang berada di tempat-tempat tertentu membeli barangan.

“Pengenalan QR Pay maknanya kita tidak membawa wang tunai lagi. Kita menggunakan aplikasi mobile dan ini sudah menjadi kelaziman seperti di negara China,” katanya.

Sementara itu, Badruddin da­lam ucapannya berkata, dalam usaha memberikan pelbagai faedah kepada orang ramai, FAMA membangunkan imej baharu untuk pasar tani yang bukan sahaja merupakan tempat pengumpulan hasil pertanian dan makanan malah meliputi penyediaan per­khid­matan.

“Usaha kerajaan mentransformasikan pasar tani dengan menya­tukan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung berbaloi apabila dapat memberi kemudahan kepada rak­yat,” katanya.