BBC melaporkan, Hailemariam Desalegn memaklumkan bahawa semua dakwaan yang dikenakan terhadap tahanan yang sedang menunggu perbicaraan juga akan digugurkan.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan tersebut dibuat bagi membolehkan dialog politik diadakan di negara ini.

Kumpulan hak asasi manusia sebelum ini mendakwa Ethiopia melakukan penangkapan dan penahanan secara besar-besaran bagi mengukuhkan kedudukan politik negara.