Pelaksanaan sistem pembayaran secara elektronik bermula pukul 12 tengah hari itu menjadikan semua lebuh raya di negara ini menggunakan ETC.


Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Ismail Md. Salleh berkata, pelaksanaan ETC melibatkan 19 plaza tol di LPT1 dan LPT2.


“Bermula hari ini, semua pengguna LPT1 dan LPT2 hanya boleh menggunakan kad Touch n Go dan SmartTag bagi membuat bayaran.


“Hari ini sangat signifikan yang menjadi titik sejarah dalam sistem pembayaran tol negara yang mana LPT1 dan LPT2 menjadi lebuh raya terakhir menggunakan ETC,” katanya pada majlis pelancaran itu di Plaza Tol Karak di sini, hari ini.


Yang hadir sama Pengarah Eksekutif Anih Berhad (Anih), Datuk Nik Fauzi Nik Hussein.


Dalam pada itu, Nik Fauzi berkata, pelaksanaan ETC berkenaan yang melibatkan sembilan plaza tol di bawah LPT1 berjalan lancar.

“Secara keseluruhan kesemua 57 lorong di sembilan buah plaza tol di sepanjang LPT1 yang bermula dari Karak, Pahang sehingga ke Jabor, Terengganu berfungsi dengan baik.


“Semua ini dapat dicapai dengan sokongan dan persiapan awal yang dilaksanakan syarikat termasuk pelbagai promosi dan program kesedaran secara berterusan di LPT1,”ujarnya. - UTUSAN ONLINE