Pengerusi jawatankuasa pe¬nganjuran, Johardy Ibrahim berkata, pihaknya menerima sokongan Jabatan Pemasaran Utusan Malaysia bagi menyediakan tawaran istimewa itu yang turut merangkumi langganan pada harga RM30 untuk setahun.

Menurutnya, kira-kira 1,000 orang dijangka hadir pada majlis tertutup itu dan 500 orang pertama yang hadir di dewan itu bakal meraih langganan percuma berkenaan.

``Acara ini dibuka kepada orang ramai yang harus mendapatkan pas masuk percuma dengan menjawab lima soalan dalam pautan http://bit.ly/EPLUTUSAN2018 (tarikh tutup 8 Mac) dan mereka yang meneka tepat akan menerima pengesahan pada 9 Mac ini.

``Pengesahan menerusi e-mel itu, haruslah dikemukakan sebagai bukti di kaunter pendaftaran pada pukul 7 malam di Dewan Utusan, Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad bagi mendapatkan pas masuk percuma dan nombor cabutan bertuah,’’ katanya di sini hari ini.

Johardy berkata, format acara tahun lalu dikekalkan iaitu menonton sambil berpeluang memenangi cabutan bertuah, yang tiada ditawarkan di tempat tontonan lain.

Menurutnya, berikutan sambutan hebat diterima pada acara pertama 14 Oktober lalu, pihaknya kini menambah bilangan hadiah bagi acara cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah menarik ditaja oleh Malaysia Airlines bagi kate¬gori Super Grand Prize iaitu tiket kelas bisnes; AirAsia pula menaja penerbangan ke empat destinasi iaitu Maldives, Jeju di Korea Selatan, Ho Chi Minh di Vietnam dan Jaipur, India.

Selain itu, hadiah juga ditaja oleh Sunway Lagoon, Demak Motors dan MyAngkasa Amanah Berhad. – UTUSAN ONLINE