Dalam kejadian pada pukul 4.05 petang itu, pemandu kereta Perodua Alza, Nur Azirah Abdul Rani, 39, dan anak serta bapanya iaitu Muhammad Amsyar Qushairi Sollehuddin, 7, dan Abdul Rani Mustapha, 73, masing-masing parah.

Kemalangan turut mengakibatkan dua lagi anak Nur Azirah iaitu Muhd. Afifan, 16, dan Muhammad Naufal Ajmal, 12, serta ibunya, Che Puan Hassan, 72, cedera.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, kemalangan berlaku apabila kereta mangsa yang dalam perjalanan masuk ke R&R Ladang Bikam telah melanggar bahagian belakang lori yang diletakkan di tepi susur masuk ke hentian berkenaan.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.- UTUSAN ONLINE