Pengarah Perkeso negeri, Noorhanita Mohamad berkata, kesemua enam pencarum itu merupakan kumpulan pertama di negeri ini yang menerima bantuan tersebut dimana pelaksanaannya bermula 1 Januari lalu.


“Di bawah produk baharu Perkeso ini, individu yang kehilangan pekerjaan akibat pemberhentian kerja layak mendapat bantuan interim SIP sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan.


“Bagi menentukan kelayakan pencarum untuk menerima bantuan sama bagibulan kedua, mereka ini perlu memenuhi beberapa kriteria termasuk usaha-usaha dalam mencari pekerjaan lain,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Jom Prihatin @ Perkeso Ipoh yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan
Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE