Pemilihan naskhah-naskhah tersebut ke peringkat akhir setelah melepasi peringkat penilaian membabitkan 68 naskhah keseluruhan yang diadakan pada Januari hingga Mei lalu di seluruh negara.

Jabatan Kebudayaan dan Ke­se­nian Negara (JKKN) dalam ke­nya­­taannya di sini memaklumkan, nas­khah-naskhah tersebut adalah Alahai Menantu oleh Kelab Teater Rimba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mewakili negeri Selangor, Penjuru Empat Karma (Per­satuan Penggerak Seni Budaya - Kuala Lumpur) dan Transit Warga Tanah (Kumpulan Teater Remaja Harapan - Kedah)

Tiga naskhah lagi adalah Vito Il Mafioso (Grup Teater Lab, Universiti Malaysia Sabah), Penggali Intan (Persatuan Seni Persembahan Sifar - Sarawak) dan Iyakah Tok Janggut (Kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan).

Sempena penganjuran festival tersebut, JKKN juga menyajikan beberapa aktiviti seperti bengkel teater yang akan disertai peserta FTM dan dibimbing oleh penggiat teater berpengalaman.

Pengunjung turut dipelawa ke mi­ni pesta buku yang melibatkan syarikat-syarikat buku terpilih serta jualan bahan terbitan JKKN.

FTM diadakan secara dwitahunan oleh JKKN bagi memilih kumpulan di peringkat negeri ke peringkat penilaian seterusnya kebangsaan.

Johan pertandingan akan membawa pulang wang tunai seba­nyak RM10,000, piala pusingan dan piala iringan; naib johan me­nerima RM8,000 bersama piala iri­ngan manakala tempat ketiga pula RM6,000 berserta piala iringan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang akan diadakan pada 1 November ini di Auditorium DBKL.