Pesawat jenis DHC-2 Beaver itu terhempas di Sungai Hawkesbury berhampiran pinggir bandar Cowan, kira-kira 50 kilometer dari utara Sydney.

Menurut polis, pasukan penyelam menemukan kesemua enam mayat namun identiti mereka masih tidak didedahkan.

Berdasarkan laporan media tempatan, sebanyak empat penumpang merupakan warganegara Britain. - AFP