Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Logeswaran Lavan berkata, dua buah kereta dan sebuah motosikal turut terbakar dalam kejadian itu.

“Kereta Honda City terbakar kira-kira 40 peratus, Toyota Vios terbakar 80 peratus dan motosikal Yamaha LC135 terbakar 90 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Logeswaran, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.13 malam sebelum tiba di tempat kejadian pukul 11.24 malam.

“Dua jentera bersama 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Jinjang telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Kerja-kerja pemadaman berjaya diselesaikan kira-kira empat minit,” ujarnya.

Jelas Logeswaran, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat. - UTUSAN ONLINE.