Pengurus Besar (Bahagian Pembangunan Modal Insan) ECERDC, Zulkifli Yaacob berkata, buat masa ini, program berkenaan sedang rancak dilaksanakan di 27 lokasi di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

"Program Empower ECER itu melibatkan Program Latihan Akademik untuk pelajar manakala Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan untuk golongan dewasa yang lain.

"Ini adalah program pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan melalui ECERDC untuk meningkatkan kemahiran dan taraf hidup rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Program Empower ECER Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini hari ini.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Dalam majlis berkenaan, dua pelajar iaitu Muhammad Syazwan Ismail,18, dan Amira Fazlin Natasha Mohd. Zaki,18, dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Ikon Empower. - UTUSAN ONLINE