Ahmad Sohaimi Abdul Rahim
Ahmad Sohaimi Abdul Rahim

Ketua Operasi Pa­sukan Penggerak Utama Tabung Haji, Datuk Ahmad Sohaimi Abdul Rahim berkata, empat pihak tersebut ialah SIRIM, pasukan audit dalaman ISO, bahagian audit dalaman Tabung Haji dan Jabatan Audit Negara.

“Mereka akan me­mastikan Tabung Ha­ji mematuhi polisi dan prosedur kerja yang ditetapkan serta keberkesanan penggunaan sumber dan pematuhan undang-undang Malaysia dan Arab Saudi,” kata­nya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, memandangkan Tabung Haji merupakan pe­ngurusan haji perta­ma di dunia yang te­lah memperoleh sijil ISO, SIRIM akan me­lakukan pengauditan se­tiap tiga tahun.

“Pasukan audit da­­laman ISO pula me­­lakukan auditan se­tiap tahun di tanah air dan tanah suci. Mereka kini sedang melakukan auditan di Madinah sejak 13 Ogos hingga esok,” katanya.

Mengenai Jabatan Audit Negara, Ahmad Sohaimi berkata, jabatan itu akan melaksanakan auditan setiap tahun manakala bahagian audit dalaman akan datang ke tanah suci setiap tiga tahun bagi memantau perkhidmatan Tabung Haji.

“Kita mempunyai 25 prosedur kerja yang harus dipatuhi pekerja dan melalui auditan jabatan atau agensi berkenaan kita akan melakukan penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata, selain audit yang dijalankan, pihaknya juga melakukan kaji selidik dalam kalangan jemaah haji.

“Ia melibatkan 2,000 jemaah dan pada tahun lalu 86 peratus daripada jemaah tersebut berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Haji,” katanya.

Ahmad Sohaimi menjelaskan, tanggungjawab pihaknya ialah memastikan supaya semua peringkat pengurusan Tabung Haji mematuhi proses kerja yang te­lah ditetapkan. – utusan