Difahamkan, lapan murid telah menunjukkan tanda-tanda dijangkiti wabak itu namun hanya empat dikesan mengalami HFMD.

Mereka yang dikenal pasti dijangkiti wabak tersebut ialah murid lelaki tahun satu dan tiga murid perempuan pra sekolah.

Pengerusi Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A.Sivanesan berkata, kesemua murid tersebut dilaporkan mula menunjukkan tanda awal HFMD antara 3 hingga 7 Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, tiada mana-mana mangsa yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Mereka kini dikuarantin di rumah masing-masing dan keadaan di sekolah juga adalah terkawal," katanya. - UTUSAN ONLINE