Maximus Johnity Ongkili

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada insiden gangguan elek­trik yang boleh menjejaskan kelancaran perjalanan pilihan raya bermula sejak hari penamaan calon pada 28 April lalu sehingga esok.

“Malah, TNB telah memberi jaminan bahawa mereka akan bekerja sepanjang masa untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik sepanjang tempoh pilihan ra­ya ini.

“Kakitangan tek­nikal TNB juga telah bersedia untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan semasa pilihan raya umum dan bilik gerakan khas untuk PRU-14 te­lah diaktifkan di setiap negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada pelan sokongan, TNB telah menyediakan 189 set penjana mudah alih dengan kos berjumlah RM6.1 juta yang telah ditempatkan di semua pusat penamaan calon, pengundian dan pengiraan undi.

Beliau berkata, itu merupakan prosedur opera­si standard (SOP) yang disediakan un­tuk mengawal insiden-insiden tidak diingini.

“Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pusat sehenti TNB menerusi Facebook, TNB CareLine atau dengan menghubungi 15454 untuk sebarang aduan dan maklum balas,” katanya.