Beliau berkata, kenaikan ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para peserta SL1M yang kini sudah mencecah 140,000 orang.

“Mudah-mudahan apa yg kita hendak adalah generasi muda akan bersama dengan kita untuk mencorak masa depan negara,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Program Temuduga Terbuka SL1M 2018 Peringkat Zon Tengah di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE