Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kerajaan kini sedang mempertimbang untuk memberikan elaun itu sama ada melalui kad pintar atau kupon agar penerima menggunakannya secara berhemah.

“Kalau dahulu cash money sekarang kita akan perbaiki mungkin kupon (atau) mungkin smart card (supaya) kita nak pastikan ia sampai kepada mereka.

“Walaupun duit dapat ke poket tapi tak nak nelayan beli benda-benda lain. Kalau RM300 sebulan pada musim tengkujuh kita bagi duit dan mahu mereka beli susu, beras dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Bertemu Pelanggan kementeriannya di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Sallehuddin Hassan.

Utusan Malaysia menerusi laporan muka depannya hari ini melaporkan rintihan golongan nelayan, penoreh dan peneroka yang semakin tertekan dengan kos sara hidup meningkat. -UTUSAN ONLINE