Pegawai Perubatan Jeddah 1438 Hijrah, Dr. Mohd. Rohisham Zainal Abidin berkata, peringatan itu bertujuan memastikan jemaah haji berada dalam keadaan sihat dan boleh melakukan dengan selesa.

“Jemaah haji telah diberikan taklimat kesihatan dan dalam modul itu, telah diterangkan kepada mereka penjagaan kesihatan.

“Sekiranya boleh, janganlah terlalu mendedahkan diri kepada cuaca panas terlalu lama kerana itu boleh menyebabkan strok haba,” katanya kepada wartawan Malaysia di pusat pengurusan operasi Jeddah di sini hari ini.

Menjelaskan proses penerimaan jemaah haji dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abduaziz Jeddah, bahagian kesihatan bergerak akan membantu setiap jemaah, terutamanya kepada warga emas, uzur dan memerlukan perhatian perubatan. - UTUSAN ONLINE