Mufti Negeri Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsuddin berkata, tujuannya bagi memastikan ibadah haji berjalan lancar dan berjaya disempurnakan hingga selesai tanpa sebarang masalah.

“Dalam mengerjakan ibadah haji kita kena kecilkan perbezaan pendapat antara satu sama lain. Haji adalah ibadah yang paling banyak perbezaan pandangan berbanding solat dan puasa.

“Untuk mengurangkan perselisihan jemaah kena ikut mutawif kerana mereka sebagai orang yang bertugas mendampingi perjalanan ibadah haji atau umrah seseorang sudah mengikuti kursus serta layak dipatuhi dan diikuti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pensijilan Mutawwif 2018 di Puteri Pacific Hotel di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Naib Presiden Kanan, Divisyen Tanggungjawab Korporat merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf An Nur Corporation Berhad, Jamaludin Md. Ali dan Pengurus Besar Waqaf An Nur Corporation Berhad, Norishah Mohd. Seth. - UTUSAN ONLINE