Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, sememangnya isu yang menyentuh berhubung sensiti­viti agama termasuk agama Islam agak membimbangkan ketika ini.

“Islam mendidik umatnya su­paya mengamalkan konsep sa­ling bekerjasama, mempercayai dan bertoleransi antara satu sa­ma lain.

“Saya menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini supaya mengamalkan tiga konsep ini dalam warna-warni kehidupan kita,” titah baginda ketika menyempurnakan Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang di sebuah hotel di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Berhubung konvensyen itu, Tengku Abdullah berharap ia memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman umat Islam terhadap fungsi serta pengurusan dana wakaf yang terbaik.

“Konvensyen ini adalah langkah bijak dalam meningkatkan lagi kefahaman terhadap sistem wakaf selain pengurusan dana wakaf untuk pembangunan sosioekonomi umat Islam.

“Pengurusan dana wakaf per­lu memainkan peranan lebih pro­aktif untuk mencari dana termasuk mencari pelabur berminat untuk menjalinkan kerja­sama membangunkan tanah wa­kaf,” titah baginda.

Baginda bertitah, program wa­kaf juga perlu terus diperkasakan selari dengan arus pemo­de­­nan negara ketika ini.