Laporan oleh Press Trust of India (PTI) menggambarkan lelaki itu sebagai didakwa perancang utama serangan bom terhadap kereta duta Israel di sini bulan lepas.

PTI, yang memetik sumber berkata pasukan penyiasat telah memulakan proses untuk mengekstradisi Masoud, yang dipercayai memberi panduan kepada pengebom di Delhi.

Menurut polis, Houshang Afshar Irani, yang didakwa pengebom yang mensasarkan kereta kedutaan Israel pada 13 Feb, telah berhubung dengan Masoud.

Masoud, 31, ditahan pada 15 Feb. di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang, Malaysia selepas tiba dari Thailand. — BERNAMA