Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, eksport produk aeroangkasa berupa komponen utama itu bernilai RM5.53 bilion.

“Dari segi pendapatan industri aeroangkasa memperoleh RM12.7 bilion tahun lalu dan melibatkan 21,000 pekerja berkemahiran tinggi.

“Kita menjangkakan sektor ini akan terus berkembang dengan pelaburan berjumlah RM1.6 bilion dengan 57 peratus adalah pelaburan asing yang telah kita luluskan pada 2016,” kata Najib ketika merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) '17.

Pelaburan tersebut bakal menawarkan 1,766 peluang pekerjaan.

LIMA '17 yang bermula hari ini melibatkan 520 syarikat dari 35 buah negara.

LIMA edisi ke-14 itu turut menarik kehadiran 300 deligasi pertahanan dan keselamatan, 55 pesawat dan kapal perang serta 467 pengamal media antarabangsa dan tempatan. - UTUSAN ONLINE