Pengunjung tidak melepaskan peluang dengan diskaun istimewa yang ditawarkan sempena ekspo berkenan dengan sanggup beratur panjang dan bersesak seawal pukul 10 pagi apabila kaunter dan setakat semalam 5,000 orang telah menjelaskannya.

Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK) berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai pesalah trafik akan membuat bayaran sepanjang tempoh tawaran itu yang akan berakhir Sabtu ini.

“Kami buka tawaran istimewa untuk orang awam membayar pada kadar yang cukup rendah dan saya galakkan supaya orang ramai ambil peluang ini sebaik mungkin. Kaunter dibuka sehingga pukul 10 malam,” katanya di sini hari ini.

Selain itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut membuka kaunter bergeraknya di tapak ekspo turut menjadi tumpuan apabila turut menawarkan pengurangan saman hingga 50 peratus.

Salah seorang pengunjung Azman Hassan, 45, memberitahu dia mengambil kesempatan tersebut untuk membayar saman trafik PDRM yang keseluruhan berjumlah lebih RM30,000 apabila dapat dikurangkan sehingga separuh.

“Terima kasih kepada PDRM kerana bagi tawaran diskaun istimewa ini dan juga tahniah kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman atas kejayaan penganjuran ekspo ini yang berikan pelbagai bentuk manfaat untuk rakyat,” katanya.-UTUSAN ONLINE