Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, eksesais dwitahunan itu operasi hantaran udara serta atur gerak pasukan yang merupakan latihan udara gabungan dua hala di antara TUDM dan USAF.

“Pada tahun ini, CT18 dilaksanakan secara field training exercise (FTX) yang memberi tumpuan kepada combined air mobility dan helos ops.

“Berbeza dengan edisi sebelum ini, pada tahun ini tiada penglibatan pesawat pejuang kerana memfokuskan kepada aspek operasi hantaran udara,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Pengarah Eksesais CT18, Leftenan Kolonel Syed Faisal Syed Kadir memainkan peranan penting dalam menjayakannya dari segi persiapan dan perancangan untuk memastikan berjalan lancar.

“Manakala bagi USAF pula diketuai Leftenan Kolonel King Berry dan pelaksanaan eksesais adalah untuk meningkatkan tahap saling kendali, perkongsian maklumat dan kerjasama serta hubungan dua hala antara kedua-dua angkatan udara,” katanya.

Latihan bersama USAF memberikan banyak kelebihan buat TUDM antaranya dari segi prosedur, peralatan, teknologi dan keberkesanan pengguguran dari udara.

“Daripada perkongsian yang diberikan oleh mereka, dapat membantu TUDM memperbaiki kelemahan yang ada.

“Lokasi eksesais melibatkan beberapa pangkalan udara TUDM (Subang dan Kuantan) serta kawasan zon penerjunan.

“Seramai 225 pegawai serta anggota TUDM dan USAF terlibat secara langsung menjayakan eksesais ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE