Perdana Menteri berkata, ter­ba­haru, negara akan menerima ke­masukan aliran dana sebanyak AS$7 bilion (RM27.3 bilion) da­ri­pada syarikat gergasi minyak dan gas milik kerajaan Arab Saudi, Sau­di Aramco, pada 31 Mac ini.

Kata beliau, negara juga bakal me­nerima pelaburan daripada sebuah syarikat telekomunikasi asing yang turut menjalankan be­berapa perniagaan lain, SK Group, yang baru-baru ini telah memilih Malaysia sebagai pusat serantau ini, Asia Barat dan India.

“Syarikat ini mempunyai pen­jualan hasil sebanyak AS$123 bi­lion (RM480 bilion) setahun ia­itu lebih tinggi daripada bajet na­sional,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan majlis ramah mesra bersama penjawat awam yang dihadiri kira-kira 5,000 orang tetamu di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Men­teri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kas­sim dan Ketua Setiausaha Per­bendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Ir­wan Serigar Abdullah.

Najib seterusnya berkata, pe­ngumuman pelaburan juga te­lah dibuat oleh HSBC untuk mem­bu­ka pusat pejabat rantau ini di ka­wasan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur dengan nilai se­banyak RM1 bilion.

Berhubung penarafan tiga bu­ah badan antarabangsa iaitu Fitch, Moodys dan Standard & Poors ter­hadap keupayaan pen­tad­biran ke­rajaan baru-baru ini, beliau me­nyifatkan bahawa pengiktirafan itu bukan calang-calang.

Katanya, ketiga-tiganya telah menghantar pasukan ke negara ini untuk mengkaji secara mendalam daripada segi fakta dan angka se­belum memberi pengiktirafan ka­tegori A kepada Malaysia.

“Pada masa sama, kita juga me­nerima pengiktirafan yang po­sitif daripada Dana Kewangan An­tarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan An­tarabangsa (WTO) terhadap eko­nomi negara yang ditadbir kerajaan. Ini kemajuan yang kita boleh banggakan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau mem­be­ritahu, pembangunan negara mestilah bersifat inklusif dengan bukan sahaja seluruh rakyat tidak terpinggir daripada arus kemajuan tetapi juga di setiap wilayah dan negeri iaitu dari Perlis sehingga ke Sabah.

Sementera itu, ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pelajar dalam majlis Sembang Bajet 2018 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Perdana Menteri berkata, manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan di­ketuai DAP khususnya untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta meman­suhkan tol akan menyebabkan hutang negara bertambah tinggi.

Beliau berkata, realiti tersebut perlu diterima oleh rakyat jika me­reka percaya kepada janji pakatan pembangkang tersebut yang akhirnya bakal memberi kesan kepada generasi akan datang.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, bebanan hutang negara akan melonjak kepada RM416 bilion jika pembangkang meneruskan janji tidak masuk akal untuk menghapuskan GST dan tol itu.

“Pemansuhan GST dan tol itu sa­haja akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil negara ratusan bilion dan itu tidak termasuk hutang sedia ada yang lain. Akibatnya, separuh daripada pembangunan negara tidak akan dapat dilaksanakan disebabkan kehila-ngan hasil negara yang besar itu.

“Pembangkang kata kita tambah hutang negara tetapi manifesto mereka lagi dahsyat kerana akan menyebabkan negara berhutang lebih tinggi. Sebab itu kita tidak boleh tipu rakyat. Kita (kerajaan Barisan Nasional) tidak tipu, kita beritahu atau laksana perkara yang kita mampu bukan sekadar berjanji sahaja,” katanya.

Tambah Najib, kesan daripada janji pembangkang itu, generasi masa depan khususnya golongan muda akan terpaksa menanggung bebanan hutang tersebut.

Sementara itu, Najib berkata, beliau yakin Malaysia berada di ambang menjadi sebuah negara yang lebih hebat pada masa depan.

“Cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang apabila projek transit aliran massa (MRT) dan pelbagai lagi pembangunan yang sedang dilaksanakan kini siap, bagaimana wajah Malaysia ketika itu.

“Kita buat perkara itu semua bukan untuk orang lain tetapi kepada rakyat dan generasi masa depan. Itulah komitmen kerajaan BN,” katanya.