WAN ROSDY WAN ISMAIL
WAN ROSDY WAN ISMAIL

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini kerana kerja-kerja awal pelaksa­naan projek berimpak tinggi itu sudah pun bermula.

Selain itu katanya, keputusan pembatalan projek tersebut juga akan menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan.

“Di negeri ini sahaja, kemajuan yang dicapai ialah antara 13 dan 14 peratus setakat ini. Malah, di tapak-tapak seperti Genting dan Bentong, kerja-kerja pengorekan terowong bagi laluan bawah ta­nah ECRL telahpun bermula.

“Kerja-kerja untuk pengam­bi­la­lihan tanah sudah pun berada di peringkat pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan ini termasuk bagi tanah-tanah milik persendirian yang perlu diwartakan untuk ditetapkan jumlah pampasan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika melakukan lawatan kerja ke Beijing, China baru-baru ini berkata, projek ECRL dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) yang bernilai berbilion ringgit, dibatalkan.

Perdana Menteri berkata, Pre­siden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang memahami sebab-sebab pembatalan dua projek yang disokong kerajaan China itu.

Mengulas lanjut Wan Rosdy berkata, tanah seluas 1,394.4 hektar melibatkan 1,545 lot tanah menerusi jajaran sepanjang 232.5 kilometer merentasi daerah Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan akan terlibat dengan projek ECR.

Menurutnya, daripada 1,394.4 hek­tar itu, kira-kira 385 hektar atau 27.6 peratus ialah tanah kerajaan manakala yang lain ialah tanah-tanah milik persendirian, tanah-tanah rizab Melayu dan Hutan Simpan Kekal.

“Oleh itulah, saya merayu bagi pihak kerajaan negeri serta mereka yang terkesan teruk de­ngan pembatalan ini khususnya pekerja-pekerja yang bakal diberhentikan, agar kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula keputusan tersebut,” katanya.