Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rundingan berkenaan bukan sahaja membabitkan projek ECRL malah Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP).

“Saya cuma boleh boleh sebut ambil sedikit masa lagi untuk rundingan itu dimuktamadkan.

“Perkara ini menjadi mudah kerana kedua-dua negara bersetuju untuk melakukan rundingan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog 10 Janji 100 Hari bersama Saifuddin di Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu di sini hari ini.

ECRL merupakan projek bernilai RM81 bilion yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan, namun pelaksanaannya digantung sejak Julai lalu. - UTUSAN ONLINE