Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia penting memandangkan projek berkenaan mampu memberi manfaat kepada rakyat negeri ini termasuk dari segi pendapatan dan ekonomi penduduk.

“Kita berharap kerajaan Persekutuan mengekalkan jajaran asal membabitkan negeri ini yang dicadangkan sebelum ini bagi memberi manfaat dan faedah kepada rakyat. Oleh itu, kita akan usahakan supaya rakyat di negeri ini tidak lagi tersisih sebaliknya akan turut berpeluang menikmati kemudahan pengangkutan keretapi laju.

“Perkara ini penting memandangkan Terengganu telah ketinggalan sejak zaman British lagi sedangkan suatu ketika dulu keretapi pernah wujud di negeri ini ketika kerja-kerja melombong bijih di Bukit Besi tidak lama dahulu,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika hadir menjayakan program Bicara Tokoh Alumni dan Taujihat Bersama warga Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) dan pelajar ke Mesir di sekolah itu di sini harI ini.

Dalam program tersebut seramai 34 pelajar SMAASZA yang cemerlang dalam

peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan terpilih melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 16 April ini turut diraikan.

Abdul Hadi seterusnya turut menasihatkan para pelajar tersebut supaya tidak memencilkan diri dengan berkawan dengan kelompok tertentu sahaja sebaliknya aktif dengan aktiviti

yang dianjurkan pihak universiti sepanjang tempoh pengajian di sana. - UTUSAN ONLINE